Wednesday, November 11, 2009

PROGRAM RAKAN MUDA SEKOLAH SESI PETANG

Pertandingan antara rumah sukan telah dan akan diadakan selepas peperiksaan akhir tahun tamat. Antara pertandingan permainan yang diadakan ialah sepak takraw, futsal, bola tampar dan bola baling. Rumah merah telah berjaya menjadi Johan bagi pertandingan Sepak Takraw.

Friday, August 21, 2009

AKTIVITI KELAB CYBERKIDS

Ahli Kelab Cyberkids telah menganjurkan kursus PhotoScape dan Audacity. Kursus dihadiri oleh pelajar 1Amanah bertempat di Makmal Komputer 2 bermula jam 3.55petang hingga 6.10petang. Terima kasih kepada Ahli Kelab yang telah menyampaikan ilmu mereka.

TAYANGAN FILEM PATRIOTIK

Pelajar sesi petang sedang menonton filem EMBUN di bilik tayangan PSS, sempena Sambutan Bulan Kemerdekaan


Friday, August 14, 2009

AKTIVITI SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN

Unit Beruniform Sesi Petang telah mengadakan Pertandingan Mencari Harta Karun. Setiap unit menghantar 5orang wakil untuk menyertai pertandingan tersebut

Thursday, August 13, 2009

AKTIVITI KELAB CYBERKIDS

Ahli Kelab Cyberkids telah menganjurkan kursus PhotoScape kepada pelajar Tingkatan 2Amanah bertempat di Makmal Komputer 2. Terima kasih kepada ahli kelab berkenaan.

Friday, August 7, 2009

SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN

Majlis bacaan Yasin telah diadakan di surau SEMESCO sebagai tanda kesyukuran terhadap nikmat dan rahmat yang telah dikecapi selama 52tahun sejak negara mencapai kemerdekaan.

Pertandingan Nyanyian Lagu Patriotik secara berkumpulan mengikut Unit Beruniform

Pertandingan Lagu Patriotik secara solo turut dipertandingkan

Friday, July 31, 2009

RAPTAI MAJLIS PELANCARAN SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN

Pn. Alimah bt Abu Noh turut sama menyertai raptai tersebut
Pn. Halezza mengarahkan pelajar bersedia untuk raptai majlis tersebut
Pelajar menyanyikan Lagu Kebangsaan, Lagu Negeri Selangor dan
Lagu Sekolah

Thursday, July 30, 2009

MESYUARAT GURU KALI KE-2

Mesyuarat telah diadakan di Bilik Mesyuarat SEMESCO

Di antara perkara yang telah disentuh oleh GPK Kokurikulum ialah:


1. Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan sesi pagi dan sesi petang.

Wednesday, July 29, 2009

MEMASANG JALUR GEMILANG

Sempena Sambutan Bulan Kemerdekaan Kali Ke-52, SEMESCO telah mula memasang Jalur Gemilang. Program ini dibawah kelolaan GPK KOKO.





Pn. Noruzi bt Said sedang memberi arahan kepada pelajar yang memasang Jalur Gemilang.
Terima kasih atas kerjasama semua yang menjayakan pemasangan Jalur Gemilang ini.

MENYIAPKAN KAIN RENTANG

Aktiviti Unit Beruniform hari ini diisi dengan kegiatan membuat sepanduk patriotik menjelang Sambutan Bulan Kemerdekaan Kali Ke-52








Terima kasih atas kerjasama guru dan pelajar yang terlibat

Friday, July 24, 2009

AKTIVITI KOKURIKULUM PELAJAR SESI PETANG

Pelajar sesi petang mengambil bahagian dalam perlawanan antara rumah sukan permainan bola baling (LB15, PB15) dan sepak takraw sempena Kempen Bulan Kecerdasan

Perlawanan bola baling kategori perempuan bawah 15 sedang berjalan lancar sehingga jam 10.30pagi

Wednesday, July 22, 2009

MESYUARAT KOKURIKULUM KALI KE-3

Pn. Alimah bt Abu Noh sedang mempengerusikan mesyuarat tersebut.

Hal-hal yang dibincangkan:
1. Sambutan Bulan Kemerdekaan kali ke-52.
2. Penghantaran Bahan Kokurikulum hendaklah mengikut jadual yang telah ditetapkan
3. Pelajar dilarang mengambil kad kokurikulum
4. Semua peralatan Kokurikulum hendaklah dipulangkan semula selepas digunakan.

Friday, July 17, 2009

AKTIVITI SUKAN PERMAINAN DAN PERSATUAN SESI PETANG

Pelajar Kelab ICT sedang mengemaskan kawasan tanaman projek bumi hijau mereka

En. Sabri sedang mengadili permainan bola sepak tunas muda

Permainan sepak takraw sesi petangAhli Kelab Permainan Kabadi sedang membuat senaman awal
Kelab Badminton sedang melakukan aktiviti memanaskan badan

SUKAN TAHUNAN 2010

Sukan tahunan telah berlangsung pada 31/3/2010

PERKHEMAHAN PERDANA KOKURIKULUM TAHUN 2010

Perkhemahan Perdana Kokurikulum Tahun 2010 akan diadakan di Taman Negara Resort pada 2/7 - 4/7/10. Yuran penyertaan RM 200 setiap peserta.

PENGHANTARAN LAPORAN AKTIVITI KOKURIKUM

Laporan Aktiviti Kokurikulum hendaklah dihantar setiap kali selepas aktiviti persatuan, kelas, permainan dan unit uniform tamat.

BLOG PENTADBIRAN KOKURIKULUM SMKSC

Blog ini diwujudkan untuk memberikan informasi, gambaran dan keterangan mengenai apa jua aktiviti Kokurikulum SMK. Sg. Choh. Semoga dengan kehadiran Blog Pentadbiran Kokurikulum SMK. Sg. Choh ini, sedikit sebanyak dapat mempertingkatkan lagi mutu perkhidmatan dan prestasi Kokurikulum sekolah kita. Sekian, Terima Kasih.

HARI-HARI KELEPASAN 2010

1/1/10 - Tahun Baru (Khamis)
26/1 - 27/1/10 - Tahun Baru Cina (Isnin dan Selasa)
8/2/10 - Hari Thaipusam (Rabu)
9/3/10 - Hari Keputeraan Nabi Muhammad S.A.W (Isnin)
1/5/10 - Hari Pekerja (Jumaat)
9/5/10 - Hari Wesak (Khamis)
6/6/10 - Hari Keputeraan YMM Yang Dipertuan Agong (Khamis)
31/8/10 - Hari Kebangsaan (Khamis)
7/9/10 - Hari Nuzul Al-Quran. (Isnin)
20/9 - 21/9/10 - Hari Raya Aidilfitri (Ahad, Isnin)
17/10/10 - Hari Deepavali (Sabtu0
27/11/10 - Hari Raya Qurban (Jumaat)
11/12/10 - Hari Keputeraan Sultan Selangor (Jumaat)
18/12/10 - Awal Muharram -1431 Hijrah. (Jumaat)
25/12/10 - Hari Krismas (Jumaat)


JADUAL AKTIVITI KOKURIKULUM 2010

SESI PAGI

Hari: Rabu
Masa: 2.00ptg -3.30ptg - Kelab dan Persatuan
Masa: 3.30ptg - 5.00ptg - Sukan/Permainan
Masa: 2.00ptg - 5.00ptg - Unit Beruniform

SESI PETANG

Hari: Jumaat
Masa: 7.30pg - 9.00pg - Sukan / Permainan
Masa: 9.00pg - 10.30pg - Kelab Persatuan
Masa: 7.30pg - 10.30pg - Unit Beruniform

UNIT BERUNIFORM

Kadet Ramaja Sekolah, Kadet Polis, Kadet Bomba, Pandu Puteri, PBSM, Pengakap dan Puteri Islam

PERSATUAN DAN KELAB

Persatuan B. Melayu
Persatuan B. Inggeris
Persatuan B. Tamil
Persatuan Pelajar Islam
Persatuan Sejarah dan Geografi
Persatuan Sains dan Matematik
Majlis Perwakilan Pelajar
Kelab Kewangan
Kelab ICT
Kelab Koperasi
Kelab Pencegah Jenayah
Kelab Bimbingan dan Kaunseling
Kelab Rakan Pembaca
Kelab Usahawan Muda
Kelab Seni dan Budaya
Kelab SPBT
Kelab Setia dan Rukunegara
Kelab Pencinta Filem

AKTIVITI KOKURIKULUM YANG DITAWARKAN

Olahraga, Sepak Takraw, Catur, Bola Sepak, Bola Tampat, Ping Pong, Bola Jaring, Bola Baling, Badminton dan Hoki

PROGRAM KOKURIKULUM 2010

1. Kursus sehari Pengurusan Kelab dan Persatuan.
2. Hari Kokurikulum.
3. Kejohanan Merentas Desa.
4. Kejohanan Olahraga Sekolah.
5. Kejohanan Sukan MSSD Hulu Selangor.
6. Pertandingan Kawat Kaki Unit Beruniform.
7. Pertandingan Permainan Antara Rumah.
8. Perkhemahan Perdana Kokurikulum.